Bersyukur kita ke
hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan rahmat dan
izin-Nya dapat kita menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-46
pada tahun ini. Kemerdekaan disambut dan diraikan selama
sebulan diseluruh negara mulai 17 Ogos hingga 16 September
2003. Pelbagai acara telah diatur sepanjang sambutan bulan
Kemerdekaan ini yang mana melibatkan agensi-agensi kerajaan
dan swasta, persatuan, kampung-kampung. sekolah dan semua
warga Labuan.
Sambutan Ambang Merdeka dan
Perbarisan Hari Kemerdekaan merupakan acara utama manakala
acara sampingan termasuklah Pelancaran Kempen Jalur Gemilang,
Kejohanan Gasing Merdeka dan Pertandingan Orang Kuat Labuan.
Penganjuran acara seperti ini bukan sahaja untuk
memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan menyemarkan rasa
kecintaan dan penghargaan mengenai erti kemerdekaan
sekaligus dapat menjadi acara pelancongan yang boleh menarik
kedatangan pelancong ke Pulau ini.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa
Induk sambutan BUlan Kemerdekaan peringkat W.P. Labuan, saya
ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program
yang telah diatur. Saya berharap sokongan dan kerjasama
seperti ini akan dapat diteruskan demi " Kerana Mu
Malaysia".
En. Abidin Arshad
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)
Perbadanan Labuan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan
Kemerdekaan 2003, W.P. Labuan |